Rabu, 4 Januari 2017 | 11:14am

PROTON sasar jual 120,000 kereta tahun ini

SUBANG: PROTON Holdings Bhd menetapkan sasaran jualan 120,000 unit kenderaan pada tahun ini, selepas melalui tempoh penuh mencabar tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata sasaran syarikat kereta nasional itu adalah untuk menjual kira-kira 10,000 unit kereta pada setiap bulan sepanjang 2017.

Katanya, ia dipacu oleh empat model baharu yang diperkenalkannya tahun lalu iaitu Perdana, Persona, Saga dan Ertiga.

"Saga akan menerajui angka jualan berkenaan diikuti oleh model Persona, Ertiga dan juga Iriz," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melepaskan sesi pandu uji kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak, PROTON Ertiga ke Kuala Selangor di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X