Selasa, 27 Disember 2016 | 6:34pm

Perbelanjaan runcit AmBank meningkat

GAMBAR fail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir (kanan) bersama Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank, Jade Lee (kiri) dan Timbalan Pengarah Urusan Pebankan Runcit Kumpulan AmBank, Anthony Chin bergambar dihadapan kereta jenis Audi TT TFSI ketika majlis pelancaran '#JoyFortuneLove with Ambank Cards' di Menara AmBank, Jalan Yap Kwan Seng, 14 Disember lalu. - Foto NSTP/Saddam Yusoff
GAMBAR fail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir (kanan) bersama Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank, Jade Lee (kiri) dan Timbalan Pengarah Urusan Pebankan Runcit Kumpulan AmBank, Anthony Chin bergambar dihadapan kereta jenis Audi TT TFSI ketika majlis pelancaran '#JoyFortuneLove with Ambank Cards' di Menara AmBank, Jalan Yap Kwan Seng, 14 Disember lalu. - Foto NSTP/Saddam Yusoff

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan runcit tahunan AmBank (M) Bhd mencatat peningkatan 14 peratus manakala perbelanjaan kadnya di stesen Caltex merekodkan pertumbuhan 35 peratus, dipacu oleh Kempen 'Caltex: Isi, Leret & Menang'.

Kempen selama tiga bulan bermula 1 Jun hingga 30 September lalu adalah pemasaran bersama antara AmBank Group dan Caltex bagi memberi ganjaran kepada pemegang kad kredit serta debit AmBank.

Pengarah Urusan, Perbankan Runcit Ambank, Jade Lee, berkata kempen berkenaan bertujuan menawarkan lebih banyak ganjaran kepada pemegang kad dalam bentuk wang tunai bagi penggunaan petrol harian di stesen minyak terbabit.

"Kami di AmBank secara konsisten sentiasa mewujudkan pelbagai produk dan perkhidmatan baharu serta inovatif, mengambil kira perumahan permintaan serta keperluan pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang `Caltex: Isi, Leret & Menang' di Stesen Petrol Caltex, Batu 6, Jalan Cheras, baru-baru ini.

Hairunazuan Nordin, dari Taman Pagoh Jaya, Johor muncul pemenang utama kempen itu. Pemegang kad kredit AmBank sejak 2014 itu menerima cek bernilai RM50,000.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Urusan, Perbankan Runcit AmBank, Anthony Chin; Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran AmBank Group, Syed Anuar Syed Ali; Pengurus Runcit Daerah Tengah dan Selatan Chevron Malaysia Limited, Chang Swee Wah dan Ketua Pemasaran Kad & Automasi Jualan Chevron Malaysia Limited, Damien Ong.

Untuk menyertai kempen itu, pemegang kad hanya perlu mendaftar melalui SMS sekali saja dan mengisi maksimum RM50 di mana-mana 420 stesen Caltex menggunakan kad kredit atau debit AmBank.

Pemegang kad dengan perbelanjaan bulanan terkumpul RM200 dan RM400 juga diberikan tambahan 25 dan 50 penyertaan.

Selain ganjaran tunai harian, hadiah wang tunai berjumlah RM70,000 turut disediakan, terdiri daripada hadiah utama RM50,000 dan empat hadiah bulanan masing-masing RM5,000.

Berita Harian X