Khamis, 8 Disember 2016 | 9:42pm

Parkson buka cawangan ke-44

PENGURUS Besar Pemasarannya, Adrian Cheah ditemuramah wartawan sempena pembukaan rasmi Parkson Sunway Velocity di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Azhar Ramli
PENGURUS Besar Pemasarannya, Adrian Cheah ditemuramah wartawan sempena pembukaan rasmi Parkson Sunway Velocity di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Parkson Corporation Sdn Bhd (Parkson) terus mengukuhkan sebagai antara pengendali pusat beli-belah terkemuka di Malaysia menerusi pembukaan cawangan ke-44 di Pusat Beli-Belah Sunway Velocity, Cheras.

Pusat beli-belah empat tingkat berkeluasan 110,000 kaki persegi itu menyasarkan pengunjung segmen pertengahan, selain fokus kepada generasi muda menerusi pelbagai rangkaian produk lebih segar serta terkini.

Pengurus Besar Pemasarannya, Adrian Cheah, berkata Parkson Sunway Velocity menawarkan kelainan berbanding cawangan Parkson lain kerana pertama kali memperkenalkan konsep 'pop up' yang mengetengahkan produk terkini dengan menggunakan konsep terbuka dan trendy.

Katanya, Parkson Sunway Velocity fokus kepada rangkaian fesyen dan produk kecantikan dengan konsep kedai dalam kedai serta keunikan terbaharu iaitu 'pop-up'.

"Trend terkini adalah untuk mencipta persekitaran atau ruang privasi kepada pelanggan untuk mencuba rangkaian produk kecantikan. Konsep kedai dalam kedai yang ada di pintu masuk Parkson adalah keunikan yang ditampilkan untuk pelanggan di sini," katanya kepada media ketika sesi tinjauan sempena pembukaan secara rasmi cawangan itu, hari ini.

Antara keunikan adalah sudut kecantikan yang menyasarkan generasi muda, Play-Up yang digelar sebagai ruang permainan untuk mereka yang gemar bermain dengan produk kecantikan.

Sudut yang pasti menjadi pengunjung ini membariskan pelbagai jenama dari Eropah dan Asia termasuk Harnn, Mor, Mades, Model's Own, Max Gordon, Balina Co dan banyak lagi.

Jenama fesyen yang lebih segar seperti mds, Nerdunit, Conquest dan Update serta label dari Korea, WHO.R.U turut menyerikan sudut pakaian di tingkat dua.

Bagi pencinta barangan kelengkapan rumah, Parkson kini memperkenalkan dua jenama eksklusif di kaunter 'pop-up' iaitu Typhoon dari United Kingdom dan Fackelmann dari Jerman dengan tawaran istimewa.

Info

* 5x mata ganjaran BonusLink pembelian dari 8 Dis hingga 12 Dis

* Percuma RM10 baucar diskaun Parkson dengan setiap pembelian RM150 ke atas

* Percuma RM10+RM10 baucar Parkson dengan setiap pembelian RM150 ke atas daripada jenama yang mengambil bahagian

Berita Harian X