Selasa, 29 November 2016 | 10:12am

Saham tempatan dibuka tinggi sedikit

SUMBER bursamalaysia.com
SUMBER bursamalaysia.com

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pagi ini, dengan momentum belian yang lemah dan sentimen berhati-hati berterusan menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) esok.

Pada jam 9.07 pagi, kontrak penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada paras 1,629.32 mata, naik 0.66 mata berbanding penutup semalam, 1,628.66 .

Indeks itu dibuka 1.31 mata lebih tinggi kepada 1,629.97.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untuk sebanyak 101 berbanding 82, dengan 134 kaunter tidak berubah, 1,401 tidak didagangkan dan 58 lain digantung.

Jumlah dagangan berada pada paras 66.49 juta saham bernilai RM25.10 juta.

TA Securities berkata, dengan momentum belian yang berkurangan dan senario OPEC, pelabur dijangka untuk berada di luar pasaran.

"Paras rintangan segera FBM KLCI adalah 1,643, dengan paras sokongan pada 1,616," katanya.

Di kalangan saham mewah di Bursa, TNB susut dua sen kepada RM14.12, Public Bank naik empat sen kepada RM19.58, Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM6.82, sementara Maybank dan Sime Darby kekal tidak berubah dengan masing-masing pada paras RM7.75 dan RM8.16.

Di kalangan kaunter aktif, waran Digistar jatuh 1.5 sen kepada empat sen, waran Censof merosot setengah sen kepada enam sen, Melewar Industrial berkurangan 9.5 sen kepada 43 sen, Digistar Corporation jatuh dua sen kepada 16.5 sen, sementara Green Packet kekal tidak berubah pada paras 27.5 sen.

Indeks FBM Emas jatuh 1.14 mata kepada 11,402.97, Indeks FBMT100 merosot 0.37 mata kepada 11,129.48 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 4.91 mata kepada 11,955.20.

Indeks FBM 70 18.18 mata lebih rendah kepada 13,059.91 dan Indeks FBM Ace berada pada paras 4,837.85.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan 13.20 mata lebih tinggi kepada 7,680.30, Indeks Kewangan meningkat 2.21 mata kepada 14,168.32, dan Indeks Perindustrian 3.85 mata lebih tinggi kepada 3,092.68. - BERNAMA

Berita Harian X