Isnin, 29 Ogos 2016 | 7:10pm

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika hari ini setelah kurang sokongan belian, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.0430/0480 berbanding dolar AS daripada 4.0130/0200 pada Jumaat.

Peniaga itu berkata, dolar AS naik selepas Rizab Persekutuan (Fed) memperkukuh unjuran bahawa negara itu akan menaikkan kadar faedah tidak lama lagi.

"Pedagang kini menanti data ekonomi AS yang dijadual dikeluarkan minggu ini, yang akan menunjukkan sama ada Fed memutuskan untuk menaikkan kadar faedah tidak lama lagi," katanya.

Sementara itu, mata wang tempatan juga diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.5209/5281 daripada 4.5299/5414 pada Jumaat dan turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9704/9749 daripada 2.9669/9729 pada Jumaat.

Mata wang tempatan turun berbanding pound kepada 5.2959/2049 daripada 5.2956/3056 sebelumnya dan naik berbanding yen kepada 3.9579/9640 daripada 3.9942/1024 pada Jumaat. - BERNAMA

Berita Harian X