Isnin, 15 Ogos 2016 | 12:19pm
PEGAWAI Tentera Pegawai Kebangsaan Louisiana (dua dari kanan) memberi arahan kepada mangsa banjir yang dibawa dari trak askar ke tempat selamat. - Foto AP
PEGAWAI Tentera Pegawai Kebangsaan Louisiana (dua dari kanan) memberi arahan kepada mangsa banjir yang dibawa dari trak askar ke tempat selamat. - Foto AP

Banjir buruk di Louisiana, Obama isytihar bencana

PASUKAN Tentera Pegawai Kebangsaan Louisiana membawa mangsa banjir ke lokasi selamat berhampiral Walker, Louisiana, Amerika Syarikat. - Foto AP
PASUKAN Tentera Pegawai Kebangsaan Louisiana membawa mangsa banjir ke lokasi selamat berhampiral Walker, Louisiana, Amerika Syarikat. - Foto AP

BATON ROUGE: Presiden Barack Obama mengisytiharkan bencana di Louisiana apabila banjir teruk di negeri itu meragut sekurang-kurangnya lima nyawa dan kru kecemasan menyelamatkan lebih 20,000 lagi yang terperangkap.

Gabenor John Bel Edwards berkata, penduduk ditarik keluar dari kereta yang ditenggelami air, rumah dinaiki air dan mengancam hospital di seluruh selatan negeri itu.

Wilayah yang sudah ditenggelami itu dijangka menerima lebih banyak hujan berikutan sistem pergerakan ribut dari Pantai Teluk ke Lembah Ohio.

Walaupun ribut yang membawa hujan lebat sudah bergerak ke barat ke arah Texas, penduduk Louisiana perlu berwaspada, kata Edwards dalam sidang akhbar.

"Walaupun ada matahari sebentar hari ini, air masih terus meningkat di kebanyakan tempat, ini bukan masa untuk tidak berhati-hati," katanya yang menyifatkan banjir itu tidak pernah berlaku.

Obama mengeluarkan perisytiharan bencana selepas bercakap dengan Edwards, kata Rumah Putih dalam kenyataan.

Perisytiharan awal itu membolehkan bantuan persekutuan dihantar ke Baton Rogue Timur, Livingston, St Helena dan Tangipahoa. Edwards berkata, kawasan lain juga akan dimasukkan ke dalam senarai.

Beliau memberitahu sidang akhbar lebih 20,000 penduduk diselamatkan daripada banjir di selatan negeri itu. - REUTERS

Berita Harian X