Sabtu, 30 Julai 2016 | 12:51pm

Hari kedua MyRumah tampil 9 penceramah

MOHD Amin Mohd Yusoff memberikan ceramah pada Pameran hartanah MyRumah anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Komtar JBCC, hari ini. - Foto Azren Jamaluddin
MOHD Amin Mohd Yusoff memberikan ceramah pada Pameran hartanah MyRumah anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Komtar JBCC, hari ini. - Foto Azren Jamaluddin

JOHOR BAHRU: Pameran hartanah MyRumah anjuran The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) masuk hari kedua hari ini dengan membariskan sembilan penceramah dan pakar hartanah.

Antara topik dibincangkan adalah aspek rekaan dalaman kediaman, kaedah mengenal pasti lokasi hartanah, hutang hartanah dan sentimen pelabur asing.

Orang ramai masih berpeluang merebut hadiah ditawarkan bernilai sehingga RM500,000 termasuk hadiah utama cabutan bertuah iaitu percutian lima hari empat malam di Gold Coast, Australia dan wang tunai bernilai RM10,000.

Semalam, majlis perasmian disempurnakan wakil Menteri Besar Johor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latiff Bandi.

Pameran yang memasuki tahun kedua penganjuran itu menampilkan pelbagai tawaran menarik daripada 14 pempamer dan penaja, di samping ceramah hartanah serta pelbagai aktiviti menarik.

Pempamer termasuk Meridian East (Mah Sing), Komtar JBCC, Sharp, LG Electronics, UDA Land, Andaman, Takaful Ikhlas dan NSTP.

Pameran Hartanah MyRumah II dengan kerjasama Kumpulan Andaman adalah platform terbaik bagi orang ramai mendapatkan maklumat terus dan tawaran hartanah terkini bagi merealisasikan impian memiliki rumah pertama.

Jadual Penceramah Hari Kedua MyRumah

11 pagi -12 tengah hari: Mohd Amin Mohd Yusoff, EA ALAMREKA - Bagaimana rekaan dalaman boleh meningkatkan gaya hidup anda dan nilai hartanah?*

12 tengah hari -1 tengah hari: Warrick Singh, Starfish Training Sdn Bhd - Peluang pelaburan dalam kitaran pasaran hartanah yang mencabar (Strategi dan tip di luar pemikiran biasa)

1 tengah hari -2 petang: Aziz Ahmad, Hartanahguru.com - Kaedah mengenal pasti lokasi hartanah berpotensi tinggi*

2 petang -3 petang: Franciss Chin, MRP Advisory Services S/B - jadikan hutang hartanah anda kepada kekayaan menerusi MRP

3 petang - 4 petang: Adzman Ariffin, Exastrata Solutions Sdn Bhd - Memperkaya nilai pembangunan kondo menerusi amalan baik dalam pengurusan hartanah

4 petang -5 petang: Prof Joe Choo, Malaysian Institute of Geomancy Sciences - Uniquely Johor Uniquely Geomancy (Feng Shui)

5 petang - 6 petang: Ryan Khoo, Alpha Marketing - 5 aliran perlu diberi perhatian dan kaedah meningkatkan pulangan pelaburan anda di Iskandar Malaysia

6 petang - 7 petang: Master Kenny Hoo, GOOD FENG SHUI Group of Companies - GOOD FENG SHUI, the best-kept secret for greater success and prosperity*

7 malam -8 malam: Ronald Pua, RP Property Consultancy (M) Sdn Bhd - Sentimen pelabur asing terhadap pelaburan hartanah di Malaysia

Berita Harian X