X
Khamis, 2 Jun 2016 | 9:36am

1,250 bakal hilang kerja susulan penggabungan LSE, Deutsche Boerse

FRANKFURT: London Stock Exchange Group berkata cadangan penggabungan dengan bursa saham Jerman, Deutsche Boerse, bernilai AS$30 bilion (RM124.7 bilion) dijangka membabitkan pengurangan 1,250 pekerja di kedua-dua bursa saham itu, walaupun syarikat dijangka meraih pendapatan tambahan 250 juta euro (RM1.16 bilion) setahun.

LSE, yang bersetuju pada Mac lalu untuk bergabung dengan Deutsche Boerse bagi mewujudkan kumpulan bursa saham terbesar dunia berdasarkan pendapatan, berkata ia menjangka mencapai manfaat pendapatan sepenuhnya dalam tahun kelima selepas janji niaga itu diselesaikan.

Syarikat itu, yang memiliki Borsa Italiana dan London Stock Exchange, berkata kira-kira 160 juta euro (RM743 bilion) setahun dijangka disumbang dalam tahun ketiga pasca penggabungan.

Manfaat pendapatan dijangka disumbang daripada gabungan indeks dan perniagaan perkhidmatan maklumat termasuk indeks FTSE Russell dan STOXX.

- Reuters

Berita Harian X