Jumaat, 15 April 2016 | 3:38pm

Dagangan pagi Bursa Malaysia turun 0.53 mata

PADA 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,723.25, turun 0.53 mata, berbanding 1,723.78 ketika ditutup semalam. - Foto hiasan
PADA 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,723.25, turun 0.53 mata, berbanding 1,723.78 ketika ditutup semalam. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini dengan indeks utama berada dalam lingkungan tidak memberangsangkan susulan belian diselang-selikan dengan pengambilan untung sederhana.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,723.25, turun 0.53 mata, berbanding 1,723.78 ketika ditutup semalam.

Selepas dibuka 1.32 mata lebih rendah pada 1,722.46, indeks berkenaan bergerak antara 1,727.12 dan 1,721.10 sepanjang sesi pagi.

Bagi pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 384 berbanding 242, manakala 344 tidak berubah, 760 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 856.82 juta saham bernilai RM667.01 juta.

Kaunter utiliti dan berkaitan kewangan dilihat mempengaruhi prestasi itu dengan YTL meningkat empat sen kepada RM1.66, Tenaga Nasional menokok enam sen kepada RM14.46 manakala RHB Capital melonjak 12 sen kepada RM6.22.

Genting yang merosot 16 sen kepada RM9.14 mendahului saham paling rugi, manakala bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat satu sen kepada RM9.16.

Indeks FBM Emas susut 4.84 mata kepada 11,965.48, Indeks FBMT100 turun 3.05 mata kepada 11,661.49 manakala Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 8.55 mata kepada 12,518.90.

FBM70 turun 1.61 mata kepada 13,291.22 manakala FBM Ace susut 15.16 mata kepada 5,751.90.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menokok 21.03 mata kepada 14,980.44, Indeks Perladangan meningkat 27.14 mata kepada 7,803.03 manakala Indeks Perusahaan kurang 9.24 mata kepada 3,283.11.

Antara saham aktif, Eka Noodles naik setengah sen kepada 15 sen, AirAsia X meningkat 1.5 sen kepada 32.5 sen, Vivocom susut satu sen kepada 31.5 sen dan Sumatec kurang setengah sen kepada 12.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X