Rabu, 16 March 2016 | 4:00pm

Ekonomi China tidak berdepan masalah - Li

LI Keqiang. - Foto REUTERS
LI Keqiang. - Foto REUTERS

BEIJING: Ekonomi China tidak akan berdepan masalah walaupun terdapat kebimbangan meluas bahawa kerajaan akan mengalami kesukaran menguruskan pertumbuhan ekonomi perlahan, kata Perdana Menterinya, Li Keqiang.

"Kami memiliki keyakinan jangka panjang bagi ekonomi China dan keyakinan ini memiliki asasnya," kata Li sidang media tahunan selepas berakhirnya sesi tahunan badan perundangan Komunis.

"Selagi kami meneruskan pembaharuan dan membuka ekonomi China, ia tidak akan mempunyai masalah."

Parlimen China meluluskan pelan hala tuju ekonomi untuk tempoh lima tahun akan datang dan undang-undang kebajikan sebelum Li berucap.

Undian di Kongres Rakyat Kebangsaan kebiasaannya meluluskan langkah masa depan oleh parti Komunis.

Sebanyak 2,778 undian menyokong bagi Rancangan Lima Tahun Ke-13 atau 97.27 peratus dan 2,636 menyokong undang-udang kebajikan, menurut laporan rasmi agensi berita Xinhua. - AFP

Berita Harian X