Rabu, 16 March 2016 | 9:51am

Bursa KL lebih rendah pagi ini

BURSA Malaysia dibuka lebih rendah pada sesi dagangan awal hari ini di tengah-tengah pasaran serantau bercampur-campur. - Foto hiasan
BURSA Malaysia dibuka lebih rendah pada sesi dagangan awal hari ini di tengah-tengah pasaran serantau bercampur-campur. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada sesi dagangan awal hari ini di tengah-tengah pasaran serantau bercampur-campur.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.10 mata kepada 1,690.82.

Antara kaunter rugi ialah PPB Group Bhd, UEM Edgenta Bhd, Petronas Gas Bhd, Sime Darby Bhd, Public Bank Bhd, Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd, Berjaya Sports Toto Bhd dan Ranhill Holdings Bhd.

Ranhill yang memulakan dagangan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia tepat jam 9 pagi tadi, mencatat diskaun awal 10 sen apabila ia dibuka pada harga RM1.10 berbanding harga rujukan RM1.20.

Sejumlah 1.2 juta saham bertukar tangan sejurus gong dibunyikan bagi menandakan bermulanya urus niaga kaunter syarikat itu.

Saham Asia dibuka bercampur-campur pada Rabu manakala dolar susut selepas pasaran menunggu dengan cemas keputusan Rizab Persekutuan untuk memberi panduan mengenai risiko kenaikan kadar AS tahun ini. - BERNAMA.

Berita Harian X