Khamis, 10 March 2016 | 7:14pm
BANGUNAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di Bukit Kiara. - Foto Zulfadhli Zulkifli
BANGUNAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di Bukit Kiara. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Pasaran modal Islam cecah RM1.7 trilion pada 2015

KUALA LUMPUR: Saiz pasaran modal Islam (ICM) Malaysia berkembang lebih tiga kali ganda antara tahun 2005 dan 2015, iaitu kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak 11.7 peratus.

Pasaran mencecah RM1.69 trilion menjelang penghujung tahun 2015, mewakili 60 peratus daripada keseluruhan pasaran modal Malaysia.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam Laporan Tahunan 2015 hari ini berkata, negara juga terus menerajui pasaran global sukuk, menguasai 54.3 peratus daripada sukuk global belum tebus pada penghujung tahun 2015, manakala bagi aset di bawah pengurusan (AUM) industri pengurusan dana Islam, Malaysia kekal sebagai yang kedua terbesar di dunia pada penghujung tahun 2015 dengan negara juga mengungguli senarai global dengan bilangan dana Islam terbanyak mengikut ranking.

Sehubungan itu, Malaysia telah mengekalkan asasnya yang kukuh untuk terus mencapai aspirasinya untuk mengembangkan pangkalan antarabangsanya dan meraih peluang pertumbuhan baru dalam ICM, demikian mengikut laporan berkenaan.

"Malaysia mempunyai industri pengurusan dana Islam yang dibangunkan dengan baik bagi meletakkannya sebagai pusat antarabangsa terkemuka bagi pengurusan dana dan kekayaan Islam apabila memegang 31 peratus daripada AS$58 bilion (RM238.34 bilion) aset bawah pengurusan Islam global pada penghujung tahun 2015," kata SC dalam laporan itu.

Berita Harian X