Khamis, 10 March 2016 | 2:24pm

Inti pati pasaran modal Malaysia 2015

KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Pasaran Modal Malaysia yang dimuatkan dalam Laporan Tahunan Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia 2015:

* Pasaran modal Malaysia dalam semua sektor berkembang 2.1 peratus kepada RM2.82 trilion bersamaan 2.5 kali daripada saiz ekonomi domestik.

* Pasaran ekuiti berkembang 2.6 peratus kepada RM1.7 trilion daripada RM1.65 trilion.

* Pasaran bon dan sukuk naik 1.4 peratus kepada RM1.12 trilion.

* Penjanaan dana RM90 bilion menerusi pasaran utama dan RM17 bilion pasaran kedua ekuiti.

* Pasaran modal Islam naik 6.7 peratus kepada RM1.7 trilion berbanding RM1.59 trilion.

* Pemodalan pasaran sekuriti patuh syariah RM1.09 trilion, 64.1 peratus daripada jumlah keseluruhan pemodalan pasaran.

* Malaysia peneraju pasaran sukuk global dengan 54.3 peratus.

* Industri pengurusan dana berkembang 6 peratus dengan AUM RM668 bilion.

* PRS catat NAV berjumlah RM1.2 bilion.

Berita Harian X