Selasa, 29 Disember 2015 | 1:09pm

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi hari ini, disokong pembelian sederhana dalam mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.2900/2980 berbanding dolar daripada 4.2950/2020 semalam.

Seorang peniaga berkata, dolar diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain berikutan pelabur mengambil keuntungan menjelang akhir tahun.

"Dolar dijangka diniagakan dalam jajaran kecil jika tiada isyarat baharu mengenai kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS, akan datang.

"Akan ada minat lebih baik seperti mata wang Asia, termasuk ringgit," kata peniaga.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Berbanding dolar Singapura, ia meningkat kepada 3.0471/0532 dari 3.0528/0582 semalam, dan bagi pound British, unit tempatan itu mengukuh kepada 6.3891/4019 dari 6.4090/4207.

Berbanding euro, ringgit meningkat kepada 4.7108/7209 dari 4.7112/7193, namun merosot kepada 3.5643/5718 dari 3.5614/5675 berbanding yen. - BERNAMA

Berita Harian X