Isnin, 21 Disember 2015 | 1:24pm

FBM KLCI ditutup rendah pada akhir sesi pagi

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, diheret turun oleh aktiviti jualan dalam kebanyakan saham wajaran tinggi, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, pasaran mencatatkan 1,628.68, susut 15.22 mata selepas turun naik antara 1,628.07 dan 1,641.92 di sepanjang urus niaga pagi.

Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 503 berbanding 254, manakala 267 kaunter tidak berubah, 730 tidak diniagakan dan 15 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 909.31 juta saham bernilai RM614.52 juta.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut lima sen kepada RM8.23, TNB dan Public Bank masing-masing turun dua sen kepada RM12.98 dan RM18.30, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM5.98.

Antara kaunter aktif, Comintel Corp menokok 19 sen kepada 83 sen, Instacom menambah setengah sen kepada 28 sen, RGB International tidak berubah pada 18.5 sen, manakala China Automobile susut setengah sen kepada 7.5 sen.

Pada papan skor, Indeks BM Emas susut 82.50 mata kepada 11,40.92, Indeks FBMT100 turun 82.49 mata kepada 11,075.75 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 80.36 mata kepada 12,310.69.

FBM 70 turun 20.01 mata kepada 12,819.06, manakala FBM Ace susut 72.98 mata kepada 6,260.89.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan merosot 46.53 mata kepada 3,148.26, Indeks Perladangan turun 80.11 mata kepada 7,333.88 manakala Indeks Kewangan turun 110.95 mata kepada 13,928.51. - BERNAMA

Berita Harian X