Sabtu, 5 Disember 2015 | 9:16am

Unit TNB selesai terbitan sukuk RM8.98b

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), Jimah East Power Sdn Bhd, menyelesaikan terbitan Sukuk Murabahah bernilai RM8.98 bilion dalam nilai nominal.

Mengikut TNB, hasil daripada Sukuk Murabahah itu akan digunakan untuk loji kuasa arang batu 2,000 megawatt milik Jimah East dan kemudahan berkaitan.

"Terbitan Sukuk Murabahah akan meningkatkan tahap kadar hutang yang digabungkan TNB kepada 42 peratus daripada 34 peratus ketika ini," kata TNB dalam satu kenyataan, semalam. - BERNAMA

Berita Harian X