Khamis, 26 November 2015 | 10:00pm

Mazda 2 dinobat kereta terbaik 2015

Mazda 2 dipilih sebagai 'Car of the Year 2015' pada Majlis Malam Anugerah Kereta Terbaik 2015 anjuran NST dan Maybank.
Mazda 2 dipilih sebagai 'Car of the Year 2015' pada Majlis Malam Anugerah Kereta Terbaik 2015 anjuran NST dan Maybank.

SUBANG JAYA: Mazda 2 dipilih sebagai 'Car of the Year 2015' pada Majlis Malam Anugerah Kereta Terbaik 2015 (COTY) anjuran New Straits Times (NST) dan Maybank, di sini, malam ini.

Mercedes-Benz pula membolot empat anugerah, manakala Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Roland Folger, dianugerahkan Individu Automotif Tahun 2015.

Anugerah permotoran tahunan pertama di negara ini bermula pada tahun 2002 anjuran Cars, Bikes & Trucks di akhbar New Sunday Times bermatlamat menghargai pencapaian dalam industri permotoran.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong.

Yang turut hadir, Pengerusi The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Mohammad Azlan Abdullah; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Kewangan Pengguna, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Abdul Razak Mohd Nordin.

Berita Harian X