Khamis, 15 Oktober 2015 | 2:25pm

Saham KL kekal tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini sejajar dengan kenaikan di bursa serantau, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.44 mata kepada 1,717.58, selepas berlegar antara 1,706.87 dan 1,721.34 pada sesi pagi.

Peniaga berkata Bursa Malaysia meningkat berikutan pemulihan pasaran saham serantau, dengan Nikkei 225 Jepun naik 253.1 mata kepada 18,144.1, manakala Jakarta Komposit Indonesia menambah 45.11 mata kepada 4,528.18, dan Shanghai Komposit China menokok 45.8 mata kepada 3,308.24.

Di peringkat tempatan, Indeks Kewangan melonjak 117.28 mata kepada 14,702.52, Indeks Perindustrian meningkat 25.69 mata kepada 3,345.12, manakala Indeks Perladangan susut 8.82 mata kepada 7,488.56.

Indeks FBM Emas naik 35.71 mata kepada 11,806.45, Indeks FBMT100 meningkat 37.08 mata kepada 11,514.88, dengan FBM Ace menambah 51.18 mata kepada 6,013.01, dan FBM 70 menokok 18.4 mata kepada 12,724.92.

Suasana pasaran positif, berikutan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 380 berbanding 328 manakala 298 kaunter tidak berubah, 801 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.4 bilion saham bernilai RM1.22 bilion.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.65, Axiata meraih lima sen kepada RM6.43, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM6.54, manakala TNB susut dua sen kepada RM12.78 dan Sime Darby merosot satu sen kepada RM8.67.

Dalam kalangan saham cergas, Xox Bhd menokok tiga sen kepada 19 sen, Frontken naik satu sen kepada 22.5 sen, manakala Iris Corp dan iDimension, masing-masing meningkat setengah sen kepada 26.5 sen dan 11 sen, dan Privasia turun setengah sen kepada 28.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X