Selasa, 29 September 2015 | 2:02pm

Bursa Malaysia rendah secara menyeluruh pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup rendah secara menyeluruh pada akhir urus niaga pagi hari ini ekoran ketiadaan minat belian berpunca daripada sentimen berhati-hati yang masih membelenggu pasaran,

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 9.44 mata lebih rendah kepada 1,598.99 selepas bergerak antara 1,595.22 dan 1,604.66.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 539 berbanding 163 manakala 221 kaunter tidak berubah, 905 tidak diniagakan dan 48 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 995.57 juta saham bernilai RM1.02 bilion.

Seorang peniaga berkata, saham-saham Asia kebanyakannya didagangkan rendah, ekoran data China yang lemah, menyebabkan pedagang enggan memasuki pasaran.

Saham berwajaran tinggi paling teruk terjejas, dengan Maybank merosot tujuh sen kepada RM8.33 manakala TNB turun lapan sen kepada RM11.96 dan Public Bank dan Axiata masing-masing susut 10 sen kepada RM17.38 dan RM5.69.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 64.13 mata kepada 11,076.59, Indeks FBMT100 turun 57.19 mata kepada 10.795.14 dan Indeks FBM Emas turun susut 61.15 mata kepada 11,766.06.

FBM 70 merosot 40.55 mata kepada 12,208.16 dan FBM Ace turun 37.90 mata kepada 5,529.60.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 125.25 mata kepada 13,804.97, Indeks Perladangan turun 8.31 mata kepada 6,962.38 dan Indeks Perusahaan susut 6.19 mata kepada 3,102.49.

Antara saham aktif, The Media Shoppe susut setengah sen kepada 12 sen, AirAsia rugi lima sen kepada RM1.22 manakala UEM menokok dua sen kepada RM1.25.

- BERNAMA

Berita Harian X