Isnin, 7 September 2015 | 1:51pm

Saham KL rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan peniaga terus tidak memasuki pasaran susulan trend lemah di pasaran ekuiti serantau.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah semasa mengakhiri sesi pagi sebanyak 8.86 mata kepada 1,580.30 selepas bergerak antara 1,580.70 dan 1,567.91 sepanjang sesi dagangan. Penurunan dalam saham komponen FBM KLCI didahului Sime Darby yang susut 18 sen kepada RM7.37, manakala Petronas Chemical merosot 11 sen kepada RM5.90 dan TNB turun 10 sen kepada RM10.98.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 379 kepada 232 dengan 268 kaunter tidak berubah, 934 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 54.79 mata kepada 10,827.25, Indeks FBMT100 merosot 57.73 mata kepada 10,568.06 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 76.25 mata kepada 11,353.86.

Indeks Kewangan turun 63.72 mata kepada 13,860.91, Indeks Perindustrian merosot 19.79 mata kepada 3,046.07 dan Indeks Perladangan berkurangan 40.74 mata kepada 6,772.55.

FBM 70 susut 57.46 mata kepada 11,580.67, manakala FBM Ace naik 27.68 mata kepada 5,156.88.

Jumlah dagangan di Bursa Malaysia sebanyak 982.38 juta saham bernilai RM698.28 juta.

Antara saham yang diniagakan cergas termasuklah Call Warrant FBMKLCI-C12 (CIMB) yang menokok 4.5 sen kepada 19.5 sen, Put Warrant FBMKLCI-H5 (CIMB) tidak berubah pada 31.5 sen, IFCA MSC meningkat 5.5 kepada 76.5 sen, manakala Tiger Synergy susut setengah sen kepada 8.5 sen.

Peniaga menyifatkan trend lemah tempatan sebagai sejajar dengan kebanyakan bursa serantau berikutan prestasi rendah di Wall Street ketika ditutup pada minggu lepas.

Di pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.36 peratus kepada 17,727.90, Straits Times Singapura turun 0.65 peratus kepada 2,844.70, manakala Hang Seng Hong Kong rendah 0.27 peratus kepada 20,784.96.

"Pasaran ekuiti serantau mengambil petunjuk daripada kemerosotan Wall Street pada Jumaat lalu selepas laporan pekerjaan Ogos Amerika Syarikat gagal memberi pandangan yang jelas berhubung keputusan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

"Sentimen serantau boleh mengubah kepada positif jika ekonomi China mula menunjukkan tanda-tanda stabil," kata peniaga. - BERNAMA

Berita Harian X