Jumaat, 4 September 2015 | 1:51pm

Saham KL kekal rendah pada tengah hari

 Saham di Bursa Malaysia agak tinggi pagi ini dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.54 mata kepada 1,745.59 selepas dibuka naik 1.37 mata pada 1,745.42. - Foto hiasan
Saham di Bursa Malaysia agak tinggi pagi ini dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.54 mata kepada 1,745.59 selepas dibuka naik 1.37 mata pada 1,745.42. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari susulan kekurangan momentum pembelian.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.5 mata kepada 1,596.25 selepas berlegar antara 1,595.15 dan 1,602.32.

Peniaga berkata, pelabur mengekalkan kedudukan mereka dalam keadaan pasaran yang lembap menjelang pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat hari ini.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas merosot 32.25 mata kepada 10,918.5, Indeks FBMT100 turun 33.77 mata kepada 10,662.74 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 18.25 mata kepada 11,436.56.

FBM 70 kurang 1.17 mata kepada 11,639.68 dan FBM Ace turun 1.61 mata kepada 5,160.62.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 67.19 mata kepada 14,024.47, Indeks Perusahaan turun 10.44 mata kepada 3,068.93, dan Indeks Perladangan kurang 24.44 mata kepada 6,814.81.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 355 berbanding 252 dengan 285 kaunter tidak berubah, 903 kaunter tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.04 bilion saham bernilai RM644.06 juta.

Antara saham aktif, IFCA naik 2.5 sen kepada 73.5 sen, Privasia menokok satu sen kepada 24.5 sen bagaimanapun iDimension turun setengah sen kepada 12.5 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Axiata naik satu sen kepada RM5.93, Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua sen kepada RM8.45 dan RM17.72, TNB turun lapan sen kepada RM11.12 dan Maxis merosot satu sen kepada RM6.57.

- BERNAMA

Berita Harian X