Jumaat, 14 Ogos 2015 | 3:24pm

Bursa Malaysia jatuh ke bawah paras 1,600 mata

Foto NSTP/Surianie Mohd Hanif
Foto NSTP/Surianie Mohd Hanif

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 30.07 mata setakat tengah hari selain ringgit serta pasaran serantau lain yang turut merosot dalam dagangan sesi pagi ini.

Pada 12.30 tengah hari, indeks utama susut 30.07 mata atau 1.85 peratus kepada 1,591.55 selepas bergerak antara 1,591.16 dan 1,626.9 sepanjang sesi manakala ringgit mencecah 4.127 berbanding dolar.

Menjelang jam 3 petang, FBM KLCI jatuh 27.63 mata pada 1,593.99 mata manakala Indeks FBM Emas susut 193.35 mata kepada 10,936.78 mata.

Dalam kalangan pasaran serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.33 peratus kepada 20,530.10 dan Indeks Komposit Jakarta jatuh 0.31 peratus kepada 4,569.69.

Pada papan skor lain, Indeks FBMT100 susut 185.55 mata kepada 10,666.65 dan FBM Emas Syariah merosot 192.12 mata kepada 11,360.13. FBM Ace jatuh 220.62 mata kepada 5,403.54 dan FBM 70 turun 145.59 mata pada 11,775.46.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 291.81 mata kepada 14,257.38, Indeks Perusahaan jatuh 35.78 mata kepada 3,075.11 dan Indeks Perladangan susut 64.49 mata pada 6,998.25.

Kaunter rugi mengatasi untung 765 berbanding 99 dengan 191 kaunter tidak berubah, 745 tidak diniagakan dan 12 lagi digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.20 bilion saham bernilai RM989.90 juta.

Dalam kalangan kaunter cergas, Ingenuity Consolidated kekal pada 6.5 sen, Frontken susut satu sen kepada 20.5 sen, manakala Tiger Synergy dan APFT masing-masing jatuh setengah sen kepada 9.5 sen dan 23 sen.

Dalam kalangan berwajaran tinggi, Maybank jatuh 26 sen kepada RM8.34, Public Bank susut 34 sen kepada RM17.96, TNB turun 40 sen kepada RM10.46 dan Axiata merosot 14 sen pada RM5.77. - BERNAMA

Berita Harian X