Jumaat, 7 Ogos 2015 | 2:36pm

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi dengan mengambil petunjuk daripada prestasi lembap bursa serantau, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 14.78 mata kepada 1,679.86.

Kebanyakan saham Asia susut dengan Seoul Composite Korea merosot 3.82 mata kepada 2,009.47, Jakarta Composite Indonesia turun 30.11 mata kepada 4,776.45 dan Taiwan Stock Exchange Weighted Index (TWSE) susut 25.5 mata kepada 8,424.06. Di bursa tempatan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 750 kepada 108, dengan 203 kaunter tidak berubah, 738 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.15 bilion saham bernilai RM882.02 juta.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 124.09 mata kepada 11,553.86, Indeks FBMT100 jatuh 113.99 mata kepada 11,248.79, FBM Emas Shariah susut 156.85 mata kepada 11,977.72 dan FBM 70 merosot 181.32 mata kepada 12,381.99. Di peringkat sektor, Indeks Kewangan susut 76.24 mata kepada 15,219.38, Indeks Perladangan turun 57.95 mata kepada 7,200.86 dan Indeks Perindustrian berkurangan 32.57 mata kepada 3,193.49.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank jatuh empat sen kepada RM9.03, Axiata susut 20 sen kepada RM5.94 dan Sime Darby merosot 16 sen kepada RM8.41.

Sementara itu, Public Bank dan TNB, masing-masing naik empat sen kepada RM19.04 dan RM11.42.

Daripada saham cergas, The Media Shoppe dan Xidelang, masing-masing meningkat satu sen kepada 12 sen dan 18.5 sen, dan RCE menokok lima sen kepada 39 sen.

Manakala iDimension jatuh 1.5 kepada 13 sen dan APFT turun setengah sen kepada 22.5 sen.

- BERNAMA

Berita Harian X