Khamis, 6 Ogos 2015 | 2:06pm

Bursa Malaysia akhiri dagangan sesi pagi lebih rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi kurang memberangsangkan bursa serantau yang lain, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 18.29 mata kepada 1,725.9 selepas dibuka lebih rendah pada 1,730.09.

Kebanyakan saham Asia merosot dengan Hang Seng Hong Kong turun 109.78 mata kepada 24,404.38, Seoul Composite Korea susut 15.15 mata kepada 2,014.61 dan Straits Times Singapura jatuh 0.95 kepada 3,190.44.

Di bursa tempatan, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 521 berbanding 173, dengan 286 kaunter tidak berubah, 819 tidak diniaga dan 14 lagi digantung.

Jumlah dagangan berada pada 814.67 juta saham bernilai RM711.49 juta.

Di papan skor, Indeks Emas FBM turun 109.97 mata kepada 11,772.88 ketika Indeks FBMT100 susut 108.8 mata kepada 11,457.31 dan Syariah Emas FBM merosot 140.14 mata kepada 12,238.69. FBM 70 jatuh 76.19 mata kepada 12,697.02. Di segi sektor, Indeks Kewangan jatuh 51.6 mata kepada 15,374.41, Indeks Perladangan berkurang 67.59 mata kepada 7,314.94 dan Indeks Perusahaan jatuh 35.35 mata kepada 3,249.87.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun enam sen kepada RM9.13, Public Bank rugi 10 sen kepada RM19.04, TNB susut 40 sen kepada RM11.38, Axiata berkurang dua sen kepada RM6.41 dan Sime Darby jatuh 30 sen kepada RM8.49.

Di kalangan saham aktif, Media Shoppe turun satu sen kepada enam sen, Digi susut 17 sen kepada RM5.23 sen manakala AirAsia X tidak berubah pada 20.5 sen.

Sementara itu, iDimension menokok setengah sen kepada 15 sen dan APFT naik satu sen kepada 23.5 sen.

- BERNAMA

Berita Harian X