Selasa, 7 Julai 2015 | 1:55pm

Bursa Malaysia hampir tidak berubah akhiri sesi pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia hampir tidak berubah ketika mengakhiri sesi pagi hari ini disebabkan ketiadaan pemangkin dalam sentimen luaran yang lembab, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 0.86 mata kepada 1,716.19, selepas dibuka 2.78 mata lebih rendah pada 1,714.27.

Seorang penganalisis berkata prestasi pasaran saham tempatan adalah seiring dengan trend serantau berikutan krisis hutang Greece serta masa depan negara itu dalam Kesatuan Eropah selepas ia menolak langkah-langkah penjimatan yang disaran.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas susut 12.979 mata kepada 11,898.18, Indeks FBMT100 turun 12.659 mata kepada 11,508.69, FBM Emas Syariah merosot 23.7 mata kepada 12,267.77 dan FBM 70 jatuh 39.46 mata pada 12,730.14.

Dari segi sektor, Indeks Kewangan menguncup 15.69 mata kepada 15,437.29 manakala Indeks Perusahaan kurang 0.2 mata kepada 3,157.34. Bagaimanapun Indeks Perladangan meningkat 13.61 mata kepada 7,433.85.

Kaunter rugi mengatasi untung 362 berbanding 266 dengan 295 kaunter tidak berubah, 876 tidak diniagakan dan 21 lagi digantung.

Dagangan berjumlah 894.42 juta saham bernilai RM631.81 juta.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM9.15, Public Bank turun enam sen pada RM18.74, Axiata jatuh satu sen kepada RM6.36 dan Sime Darby rugi lima sen kepada RM8.52.

TNB kekal pada RM12.66.

Dalam kalangan kaunter cergas, Scan jatuh satu sen kepada 10.5 sen dan Jaks turun 2.5 sen kepada 81 sen.

KNM, iDimension dan Frontken masing-masing meraih setengah sen kepada 59.5 sen, 13 sen dan 26.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X