Jumaat, 3 Julai 2015 | 6:59pm

Mohd Irwan dilantik lembaga pengarah Khazanah

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ke dalam lembaga pengarahnya.

Pelantikan itu diputuskan pada mesyuarat lembaga pengarah Khazanah kali ke-75 pada 23 Jun, 2015.

Kerjaya Mohd Irwan dalam perkhidmatan awam bermula pada 1984 apabila beliau menyertai Perkhidmatan Pentadbiran dan Diplomatik sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Ekonomi Wilayah, di Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkhidmat dengan pelbagai jawatan di EPU sebelum mula menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa sebelum dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 24 Ogos, 2012.

- BERNAMA

Berita Harian X