Khamis, 21 Mei 2015 | 1:16pm

Saham KL rendah pada akhir dagangan pagi

SAHAM di Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan pagi, selari dengan prestasi pasaran serantau. - Foto hiasan
SAHAM di Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan pagi, selari dengan prestasi pasaran serantau. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia rendah pada akhir dagangan pagi, selari dengan prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.89 mata kepada 1,807.22, selepas bergerak antara 1,806.21 dan 1,810.71 di sepanjang urus niaga pagi.

Seorang peniaga berkata pasaran saham bertindak balas ke atas penguncupan data pengeluaran China.

Di pasaran lain di rantau ini, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 108.49 mata kepada 27,585.05, Seoul Composite Korea turun 16.10 mata kepada 2,123.44 manakala Indeks Komposit Jakarta Indonesia turun 13.83 mata kepada 5,278.92.

Di pasaran tempatan, pelabur kini meneliti kandungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), rancangan pembangunan lima tahun (2016-2020), yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas susut 13.59 mata kepada 12,484.6, Indeks FBMT100 merosot 15.51 mata kepada 12,155.48 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 3.46 mata kepada 12,996.61. FBM 70 susut 2.24 mata kepada 13,578.55 dan FBM ACE turun 58.98 mata kepada 7,103.07.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meningkat sembilan mata kepada 3,284.46 namun Indeks Perladangan susut 15.76 mata kepada 7,504.2 dan Indeks Kewangan turun 35.78 mata kepada 16,096.35. Kedudukan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 363 berbanding 295, manakala 307 kaunter tidak berubah, 834 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.05 bilion saham bernilai RM751.67 juta.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB menokok dua sen kepada RM14, Sime Darby naik satu sen kepada RM8.95 manakala Maybank susut empat sen kepada RM9.33, Public Bank rugi dua sen kepada RM19.20 manakala Axiata susut tiga sen kepada RM6.69. Antara saham aktif, China Automobile menokok lima sen kepada 55 sen, Frontken menambah 1.5 sen kepada 33.5 sen manakala Kanger susut satu sen kepada 19 sen dan AirAsia X turun setengah sen kepada 26 sen. Nexgram tidak berubah pada 12 sen. - BERNAMA

Berita Harian X