X
Selasa, 12 Mei 2015 | 1:59pm

Saham KL rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup rendah tengah hari ini, terjejas oleh penurunan dalam kaunter-kaunter berkaitan Petronas serta aktiviti jualan dan kelemahan pasaran secara keseluruhan.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.19 mata kepada 1,801.3.

Menerajui senarai saham rugi, Petronas Dagangan turun 64 sen kepada RM21, manakala dalam kalangan kaunter rugi utama, Petronas Gas susut 26 sen kepada RM22.34.

Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 509 berbanding 174, manakala 290 kaunter tidak berubah, 811 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 803.52 juta saham bernilai RM699.76 juta.

Di papan skor, Indeks FBM Emas turun 30.34 mata kepada 12,424.44, Indeks FBMT100 susut 27.5 mata kepada 12,103.53 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 30.77 mata kepada 12,902.45.

FBM 70 jatuh 28.08 mata kepada 13,474.1 dan FBM Ace susut 89.34 mata kepada 6,905.18.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan berkurangan 23.81 mata kepada 3,258.92, Indeks Perladangan turun 45.07 mata kepada 7,410.71 dan Indeks Kewangan turun 38.09 mata kepada 16,045.87.

Mengenai saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM9.29 dan Sime Darby susut enam sen kepada RM8.96.

TNB dan Axiata meningkat dua sen setiap satu masing-masing kepada RM13.82 dan RM6.76, manakala Public Bank tidak berubah pada RM19.28.

Dalam kaunter cergas, Kanger dan RGB naik satu sen setiap satu masing-masing kepada 27.5 sen dan 17.5 sen, manakala Vsolar dan Spring Gallery susut satu sen setiap satu masing-masing kepada 16 sen dan 64 sen.

Luster tidak berubah pada 10.5 sen.

- BERNAMA

Berita Harian X