Selasa, 3 March 2015 | 1:30pm
Saham KL tinggi pada tengah hari. - Foto hiasan/NSTP
Saham KL tinggi pada tengah hari. - Foto hiasan/NSTP

Saham KL tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam nada positif hari ini, disokong oleh kenaikan dalam saham wajaran tinggi berikutan berlakunya aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, kata beberapa peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.58 mata kepada 1,822.71, selepas bergerak antara 1,817.94 dan 1,825.79 sepanjang sesi dagangan pagi.

Maybank dan Genting Malaysia adalah kaunter untung utama dalam kalangan saham mewah, masing-masing naik tujuh sen dan 10 sen kepada RM9.27 dan RM4.17 yang menyumbang 2.17 mata daripada jumlah keseluruhan petunjuk pasaran.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas naik 22.05 mata kepada 12,526.88, Indeks FBMT100 meningkat 23.87 mata kepada 12,211.60, dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 18.37 mata kepada 13,090.62.

FBM 70 susut 25.81 mata kepada 13,456.69, manakala FBM ACE meningkat 119.99 mata kepada 6,749.44.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan meningkat 15.94 mata kepada 3,318.72, Indeks Perladangan naik 8.57 mata kepada 7,971.19, manakala Indeks Kewangan menokok 34.81 mata kepada 16,064.86.

Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 355 berbanding 358 dengan 303 kaunter tidak berubah, 738 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.50 bilion saham bernilai RM1.02 bilion. Saham yang diniagakan cergas termasuklah Privasia Technology yang naik tiga sen kepada 23.5 sen, Sanichi Technology yang meningkat 1.5 sen kepada 11 sen, Diversified Gateway menokok satu sen kepada 13.5 sen, dan Wintoni yang menambah 2.5 sen kepada 27 sen.

Bagi kaunter saham wajaran tinggi lain, TNB meningkat dua sen kepada RM14.68, Public Bank naik enam sen kepada RM18.56, Sime Darby menokok lima sen kepada RM9.43, manakala Axiata tidak berubah pada RM7.10. - BERNAMA

Berita Harian X