Khamis, 29 Januari 2015 | 1:33pm

Saham KL rendah, IK susut 11.77 mata sesi pagi

 Saham di Bursa Malaysia agak tinggi pagi ini dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.54 mata kepada 1,745.59 selepas dibuka naik 1.37 mata pada 1,745.42. - Foto hiasan
Saham di Bursa Malaysia agak tinggi pagi ini dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.54 mata kepada 1,745.59 selepas dibuka naik 1.37 mata pada 1,745.42. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan tekanan jualan secara menyeluruh, diterajui British American Tobacco, yang susut enam sen kepada RM66.40, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 11.77 mata kepada 1,784.11, selepas dibuka 4.29 mata lebih rendah pada 1,791.59.

Indeks utama itu turun naik antara 1,783.43 dan 1,794.82 di sepanjang sesi pagi.

Bagi saham paling rugi, Petronas Gas susut 46 sen kepada RM21.76, Kuala Lumpur Kepong turun 32 sen kepada RM22.68 manakala AMMB Holdings merosot 21 sen kepada RM6.36.

Antara saham aktif, Globaltec meningkat 1.5 sen kepada lapan sen, Hubline tidak berubah pada 3.5 sen dan Sanichi turun satu sen kepada 8.5 sen.

Bagi saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional susut 20 sen kepada RM14.60, Public Bank turun empat sen kepada RM18.10 namun Maybank meningkat dua sen kepada RM8.71.

Jajaran pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 490 berbanding 191, manakala 285 kaunter tidak berubah, 785 tidak diniagakan dan 31 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.05 bilion saham bernilai RM886.8 juta.

Indeks FBM Emas susut 73.891 mata kepada 12,285.55, Indeks FBMT100 turun 69.81 mata kepada 11,992.44 dan FBM Emas Syariah merosot 87.99 mata kepada 12,875.33. FBM 70 susut 41.931 mata kepada 13,367.47 dan FBM ACE turun 63.7 mata kepada 6,396.93.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan susut 35.61 mata kepada 3,240.63, Indeks Kewangan merosot 51.403 mata kepada 15,463.66 dan Indeks Perladangan turun 64.79 mata kepada 7,985.54. - BERNAMA

Berita Harian X