Selasa, 16 Disember 2014 | 2:06pm

Bursa kekal rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia kekal rendah sehingga tengah hari ini, dipengaruhi oleh jualan saham mewah dan wajaran tinggi, kata seorang peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI) susut 6.51 mata kepada 1,690.8.

Di peringkat serantau, pasaran Jepun, Nikkei 225 turun 353.54 mata kepada 16,745.86, di Hong Kong, Hang Seng susut 221.35 mata kepada 23,027.85, manakala pasaran Indonesia, Jakarta Composite merosot 100.28 mata kepada 5,008.15.

Di pasaran dalam negara, Indeks FBM Emas turun 44.36 mata kepada 11,535.38, Indeks FBMT100 susut 41.2 mata kepada 11,315.42, FBM 70 merosot 35.95 mata kepada 12,419.18, dan FBM Ace turun 1.37 mata kepada 5,142.21. Mengikut sektor, Indeks Kewangan turun 221.38 mata kepada 14,902.82, Indeks Perusahaan naik 8.05 mata kepada 3,083.76, Indeks Perladangan susut 33.09 mata kepada 7,502.49.

Jumlah dagangan sebanyak 834.63 juta saham bernilai RM792.11 juta. Saham rugi mengatasi untung pada 516 berbanding 247, manakala 262 kaunter tidak berubah, 682 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung. Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut 28 sen kepada RM8.32, TNB dan Public Bank menokok empat sen, masing-masing kepada RM13.44 dan RM17.70 manakala Axiata menambah tiga sen kepada RM6.91.

Antara saham aktif, Sumatec naik 1.5 sen kepada 18.5 sen, KNM Group meningkat 2.5 sen kepada 44.5 sen dan Bumi Armada menokok lima sen kepada RM1.06.

- BERNAMA

Berita Harian X