Isnin, 3 November 2014 | 2:16pm

Saham KL bercampur-campur pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 1.95 mata lebih rendah pada akhir sesi dagangan pagi hari ini kepada 1,853.20, dengan minat belian bertumpu kepada aktiviti pengambilan untung di kaunter berkaitan indeks.

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 408 berbanding 330, manakala 292 kaunter tidak berubah, 609 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Indeks petunjuk pasaran dibuka lebih tinggi pada 1,856.82 dan bergerak antara 1,858.09 dan 1,852.93 di sepanjang sesi pagi, disokong oleh keuntungan dalam syarikat berkaitan utiliti, diterajui Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Namun pengambilan untung di kaunter berkaitan kewangan, mengheret turun indeks.

Saham TNB yang menyumbang 1.38 mata kepada indeks, meningkat 14 sen kepada RM13.50 dengan 3.27 juta lot didagangkan.

Kaunter itu menjadi tumpuan pada sesi awal dagangan selepas mencatat keuntungan bersih berjumlah RM5.43 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014.

Kaunter wajaran tinggi lain, Axiata Group menokok empat sen kepada RM7.09, Telekom untung sembilan sen kepada RM7.29, Maybank susut satu sen kepada RM9.69, Public Bank turun empat sen kepada RM18.50 dan CIMB Group susut tujuh sen kepada RM6.42.

Indeks FBM Emas susut 4.26 mata kepada 12,878.63, Indeks FBMT100 turun 7.06 mata kepada 12,510.16 manakala Indeks FBM Emas Syariah melonjak 17.29 mata kepada 13,363.66. FBM 70 melonjak 15.20 mata kepada 14,148.20 manakala FBM Ace menokok 1.86 mata kepada 6,587.89.

Jumlah dagangan sebanyak 1.11 bilion saham bernilai RM879.02 juta.

Antara saham aktif, Dagang Nexchange tidak berubah pada 38 sen, Censof Holdings susut 2.5 sen kepada 59 sen, IFCA MSC turun satu sen kepada 67.5 sen, Technodex menokok setengah sen kepada 22.5 sen manakala Konsortium Transnasional menambah tiga sen kepada 42 sen.

Nestle mengetuai kaunter paling untung, menokok 50 sen kepada RM69.00, manakala kaunter paling rugi British American Tobacco, susut 86 sen kepada RM68.64. - BERNAMA

Berita Harian X