X
Jumaat, 19 September 2014 | 8:55am
Kertas undi tiba ke pusat pengiraan undi di Pusat Pameran dan Persidangan Aberdeen dalam pungutan suara pemisahan Scotland dari United Kingdom semalam. - Foto EPA
Kertas undi tiba ke pusat pengiraan undi di Pusat Pameran dan Persidangan Aberdeen dalam pungutan suara pemisahan Scotland dari United Kingdom semalam. - Foto EPA

Jumlah keluar mengundi di Scotland capai rekod baharu

EDINBURGH: Jumlah pengundi yang keluar untuk pungutan suara bersejarah bagi menentukan masa depan Scotland adalah yang paling tinggi di United Kingdom sejak pilihan raya umum 1950.

Satu tinjauan yang dibuat sejurus selepas pusat mengundi ditutup menunjukkan pemisahan Scotland dari United Kingdom mungkin ditolak, namun penyokong daripada kedua belah pihak masih menaruh harapan masing-masing sementara pengiraan undi masih dilakukan di 32 daerah mengundi.

"Pengundian sudah ditutup. Ia adalah hari di mana amalan demokrasi diamalkan dengan penuh emosi dan inspirasi.

"Sekarang kita tunggu," kata Nicola Sturgeon, timbalan ketua Parti Nasional Scotland (SNP) yang mendesak supaya diadakan pungutan suara itu.

Orang ramai berkumpul beramai-ramai dan menyambut hari bersejarah itu sepanjang malam di Glasgow dan Edinburgh, dengan berpakaian biru dan putih, warna bendera Scotland.

Kira-kira 90 peratus pengundi keluar untuk pungutan suara itu, yang menandakan ia mungkin dapat memecahkan rekod yang dicapai ketika pilihan raya umum 1950. - AFP

Berita Harian X