Khamis, 4 September 2014 | 9:35am
Arseniy Yatsenyuk , Perdana Menteri Ukraine
Arseniy Yatsenyuk , Perdana Menteri Ukraine

PM Ukraine tolak rancangan damai Putin

KIEV: Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk menolak rancangan perdamaian yang dicadangkan oleh Presiden Russia Vladimir Putin dan menyifatkannya sebagai cubaan untuk memperdayakan Barat mengenai niat sebenar Moscow.

"Rancangan terbaru ini adalah satu lagi cubaan untuk mengelabui mata masyarakat antarabangsa menjelang sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan usaha untuk mengalihkan pendirian Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan baharu terhadap Russia.

"Rancangan terbaik bagi menamatkan peperangan Russia terhadap Ukraine ialah dengan Russia menarik balik tentera, askar upahan dan pengganasnya dari wilayah Ukraine," tegas Yatsenyuk dalam satu kenyataan.

Beliau tetap dengan pendiriannya walaupun Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata beliau dan Putin sudah mempersetujui pelan damai bertujuan menamatkan konflik selama hampir lima bulan itu di timur Ukraine.

Cadangan itu, yang diperincikan oleh Putin sehari sebelum pembukaan sidang kemuncak NATO di Wales hari ini, dijangka dibincang esok oleh Kumpulan Penghubung Ukraine, yang disertai wakil Kiev, pemisah pemberontak, Moscow dan badan keselamatan Eropah (OSCE). - AFP

Berita Harian X