Khamis, 6 Julai 2017 | 5:41pm

Gempa 6.7 magnitud gegar tengah Filipina

MANILA: Gempa bumi kuat 6.7 magnitud menggegarkan tengah Filipina hari ini, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) yang pada awalnya melaporkan ia mencecah 6.9 magnitud.

Gegaran melanda pada kedalaman kira-kira enam kilometer di tengah Pulau Leyte, kata USGS lagi.

Namun setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Seorang petani di Leyte, Marlon Tano memberitahu gempa bumi itu menyebabkan dia terjatuh ketika berada di ladang terungnya di Borauen, sebuah bandar berhampiran pusat gempa.

"Ia sangat kuat hingga saya terjatuh. Saya lihat bas dan motosikal berhenti di tepi lebuh raya dan orang ramai bertempiaran lari," kata Tano.

Pada November 2013, sebahagian besar Pulau Leyte musnah teruk akibat Taufan Haiyan.

Ombak besar seakan-akan tsunami membadai bandar Tacloban dan kawasan berhampiran, mengakibatkan 7,350 penduduk terkorban atau hilang. - AFP

Berita Harian X