Khamis, 6 Julai 2017 | 1:17am

77 maut nahas jalan raya di Republik Afrika Tengah

PEMANDU kereta Proton Waja, Idris Ibrahim, 61, maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Kilometer 28.8, Jalan Mak Lagam-Cheneh, kemaman.- Foto Rosli Ilham
PEMANDU kereta Proton Waja, Idris Ibrahim, 61, maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Kilometer 28.8, Jalan Mak Lagam-Cheneh, kemaman.- Foto Rosli Ilham

BANGUI: Sekurang-kurangnya 77 maut dalam satu kemalangan jalan raya di kawasan antara Bambari dan Ippy di Republik Afrika Tengah, kata pihak hospital, semalam.

Menurut jurucakap hospital, Michel Zahandji, 59 mangsa dibawa ke rumah mayat hospital di Bambari, manakala baki seramai 18 lagi mayat mangsa sudah dituntut ahli keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

Sementara itu, badan kebajikan Medecins Sans Frontieres (MSF) berkata, 60 mangsa yang cedera kini dirawat di hospital. - AFP

Berita Harian X