Selasa, 20 Jun 2017 | 11:06pm

Gempa bumi 5 magnitud landa Jepun

gn4id:21248565

TOKYO: Gempa bumi 5 magnitud melanda Jepun hari ini tetapi tidak menyebabkan tsunami, kata Agensi Meteorologi Jepun.

Gegaran pada jam 11.31 malam waktu tempatan berpusat di Selat Bungo yang menghubungkan pulau utama selatan Kyushu dan Shikoku, sedalam kira-kira 40 kilometer.

Tiada amaran tsunami atau kerosakan dilaporkan. - Reuters

Berita Harian X