Sabtu, 17 Jun 2017 | 10:42am

TERKINI: 7 kru kapal penggempur AS masih hilang

KAPAL USS Fitzgerald yang rosak selepas berlanggar dengan kapal kontena ACX Crystal di pesisir Jepun, awal hari ini. - Foto Reuters
KAPAL USS Fitzgerald yang rosak selepas berlanggar dengan kapal kontena ACX Crystal di pesisir Jepun, awal hari ini. - Foto Reuters

TOKYO: Tujuh kru kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) belum ditemui selepas berlanggar dengan kapal kontena ACX Crystal di pesisir Jepun, awal hari ini.

Tentera laut Amerika Syarikat berkata, Jepun turut membantu menghantar seorang kelasi yang cedera parah menggunakan helikopter.

Pengawal pantai berkata, tujuh kru kapal hilang berdasarkan maklumat tentera laut AS.

"Kami giat mengesan mereka. Perkembangan semasa akan dimaklumkan kepada ahli keluarga kru kapal USS Fitzgerald," kata ketua operasi tentera laut AS, Laksamana John Richardson dalam kenyataan di Twitter.

Jurucakap pengawal pantai Jepun berkata, mereka menghantar lima kapal, dua pesawat dan sepasukan penyelamat mahir ke lokasi.

Tentera laut AS berkata, kapal Fitzgerald masih bergerak menggunakan enjin sendiri namun kuasa pacuannya terhad dan kelasi sedang mengeluarkan air dari kapal. - AFP

Berita Harian X