Selasa, 13 Jun 2017 | 8:40am

Boikot langgar Konvensyen 1944 PBB - Qatar Airways

- Foto Reuters
- Foto Reuters

DOHA: Qatar Airways meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan tindakan boikot oleh beberapa negara Teluk terhadap syarikat penerbangan itu sebagai tidak sah.

Syarikat penerbangan itu turut meminta supaya tindakan boikot itu satu pelanggaran terhadap Konvensyen 1944 mengenai pengangkutan udara antarabangsa.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir baru-baru ini mengumumkan tindakan memutuskan hubungan dengan Qatar kerana mendakwa Doha memberi sokongan kepada pengganas.

Dalam temubual yang disiarkan secara langsung di televisyen, Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Airways, Akbar Al Baker mendesak campur tangan bahagian penerbangan awam PBB.

"Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa perlu campur tangan dan mengisytiharkan tindakan ini sebagai tidak sah," katanya dalam rancangan Money terbitan CNN. - AFP

Berita Harian X