Isnin, 12 Jun 2017 | 9:43am

Pesawat China Eastern patah balik ke Sydney

Pesawat A330 Airbus China Eastern Airlines mendarat di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney selepas ia membuat pendaratan kecemasan dengan enjin kiri yang rosak. - Foto REUTERS
Pesawat A330 Airbus China Eastern Airlines mendarat di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney selepas ia membuat pendaratan kecemasan dengan enjin kiri yang rosak. - Foto REUTERS

WELLINGTON: Pesawat China Eastern yang dalam perjalanan menuju ke Shanghai terpaksa berpatah balik ke Sydney selepas mengalami masalah enjin.

Media Australia yang memetik Pengurus Besar China Eastern Airlines, Kathy Zhang, melaporkan pesawat Airbus A330 itu berjaya mendarat dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

"Kru pesawat berjaya mengesan situasi luar biasa pada enjin bahagian kiri pesawat dan membuat keputusan untuk segera berpatah balik ke Sydney.

"Semua anak kapal dan penumpang berjaya mendarat dengan selamat," kata Zhang.

Sementara itu, beberapa keping gambar yang disiarkan oleh media Australia menunjukkan lubang besar pada bahagian kiri pesawat terbabit.

Berikutan itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengumumkan pihaknya akan menyiasat kejadian berkenaan. - Reuters

Berita Harian X