Jumaat, 9 Jun 2017 | 8:59am

Theresa May dijangka hilang majoriti kerusi

THERESA May. - Foto Reuters
THERESA May. - Foto Reuters

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, boleh memenangi pilihan raya tetapi bakal kehilangan majoriti kerusi dalam Parlimen.

Satu tinjauan yang dijalankan mendapati, Parti Konservatif itu dijangka akan kekurangan kerusi daripada 330 kepada 314 berbanding keseluruhan 650 kerusi Dewan Rakyat.

Parti memerintah itu melalui kempen yang sukar, dengan dua serangan pengganas berlaku baru-baru ini.

Tinjauan pendapat bersama dikendalikan saluran berita Sky, BBC dan ITV mendapati Parti Buruh selaku pembangkang utama yang diketuai pemimpin berhaluan kiri, Jeremy Corbyn, akan meningkatkan jumlah kerusi daripada 229 kepada 266.

Pilihan raya ini berlaku pada masa penting dalam sejarah Britain ketika ia sedang mengadakan rundingan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Situasi ketika ini juga menyaksikan mata wang pound menjunam ketika dibuka pada harga AS$1.2751, turun 1. 5 peratus berbanding hari sebelumnya. - AFP

Berita Harian X