Jumaat, 9 Jun 2017 | 8:10am

Arab Saudi dedah senarai 'pengganas' Qatar

SHEIKH Mohammed din Abdulrahman al-Thani. - Foto Reuters
SHEIKH Mohammed din Abdulrahman al-Thani. - Foto Reuters

RIYADH: Arab Saudi dan negara sekutunya yang memutuskan hubungan dengan Doha, mengeluarkan senarai individu dan entiti yang didakwa mempunyai hubungan dengan Qatar untuk aktiviti keganasan.

"Senarai ini dikaitkan dengan Qatar. Ia menunjukkan agenda meragukan dasar bermuka-muka kerajaan negara ini," kata kenyataan bersama Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Mesir dan Bahrain.

Katanya, senarai itu menunjukkan Qatar mengumumkan perang terhadap keganasan, tetapi pada masa sama menyumbang dana, menyokong dan melindungi pengganas.

Sementara itu, Qatar memberi jaminan tidak menyerah kalah dalam dasar luarnya, susulan pertikaian negara Arab lain membabitkan dakwaan hubungannya dengan puak pelampau.

Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed din Abdulrahman al-Thani, berkata beliau lebih gemar krisis itu diselesaikan menerusi dialog dan tiada penyelesaian ketenteraan. - AFP

Berita Harian X