Isnin, 5 Jun 2017 | 7:16pm

Polis Australia tembak mati suspek militan

SYDNEY: Polis Australia menembak mati seorang lelaki bersenjata yang menahan tebusan wanita dalam sebuah pangsapuri di kawasan pantai pinggir bandar Brighton, Melbourne.

Polis menyiasat kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan kegiatan militan.

Dalam kejadian itu, tiga anggota polis cedera ditembak apabila rundingan dengan lelaki bersenjata itu menemui jalan buntu selepas lebih sejam.

Menerusi akaun Twitter rasmi, polis negeri Victoria berkata, ia cuba berunding dengan seorang lelaki dalam sebuah pangsapuri, yang dipercayai bersama seorang wanita dan tidak membenarkan dia keluar dari bangunan itu.

"Polis sedang menyiasat sama ada insiden itu ada kaitan dengan keganasan," kata kenyataan itu. REUTERS

Berita Harian X