Isnin, 5 Jun 2017 | 1:28pm

Etihad gantung penerbangan ke Qatar

ETIHAD Airways bakal menggantung semua penerbangan pergi dan balik ke Doha mulai pagi esok. - Foto fail Reuters
ETIHAD Airways bakal menggantung semua penerbangan pergi dan balik ke Doha mulai pagi esok. - Foto fail Reuters

DUBAI: Syarikat penerbangan Etihad Airways bakal menggantung semua penerbangan pergi dan balik ke Doha mulai pagi esok hingga sehingga dimaklumkan kemudian.

Jurucakap syarikat itu memaklumkan menerusi e-mel, penerbangan terakhir dari Abu Dhabi ke Doha akan berlepas pada jam 2.45 waktu tempatan esok.

Tindakan diambil selepas Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar, apabila menuduh negara itu menyokong pengganas.

Etihad berkata, penerbangan hari ini beroperasi seperti biasa. - REUTERS

Berita Harian X