Isnin, 22 Mei 2017 | 1:16pm

12 maut, 30 cedera bas jatuh gaung

KIRA-KIRA 12 penumpang terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera, apabila bas yang mereka naiki terhumban ke gaung sedalam 90 meter di wilayah pergunungan di selatan Mexico dekat sempadan Guatemala.
KIRA-KIRA 12 penumpang terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera, apabila bas yang mereka naiki terhumban ke gaung sedalam 90 meter di wilayah pergunungan di selatan Mexico dekat sempadan Guatemala.

BANDAR MEXICO: Kira-kira 12 penumpang terbunuh manakala lebih 30 lagi cedera, apabila bas yang mereka naiki terhumban ke gaung sedalam 90 meter di wilayah pergunungan di selatan Mexico dekat sempadan Guatemala.

Difahamkan kemalangan berlaku dekat bandar Motozintla apabila bas yang dalam perjalanan pulang dari menghadiri satu upacara kerohanian di pantai Pasifik terbabas dan terjatuh ke dalam gaung, kata perkhidmatan kecemasan negeri Chiapas dalam satu kenyataan.

Penumpang dipercayai berasal dari perbandaran La Trinitaria dan sekurang-kurangnya 12 terbunuh, kata pihak berkuasa.

Pihak berkuasa turut mengesahkan seramai 30 orang turut tercedera. Setakat ini punca nahas masih disiasat.

Penyelamat masih berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dari bas yang remuk teruk.

Reuters

Berita Harian X