Selasa, 9 Mei 2017 | 10:29pm

Gempa bumi 6.8 magnitud gegar Vanuatu

SINGAPURA: Gempa bumi besar berukuran 6.8 melanda utara pulau Vanuatu di Pasifik Selatan hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran direkodkan pada kedalaman 175 kilometer dan berlaku kira-kira 115 kilometer ke utara pulau Santo di Vanuatu.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan atau sebarang laporan kerosakan atau kematian diterima. - REUTERS

Berita Harian X