MONTGOMERY: Remaja perempuan berusia 14 tahun maut ditembak di halaman depan sebuah gereja berhampiran sekolahnya di Alabama.
Media memetik Ketua Polis Montgomery, Ernest Finley, sebagai berkata remaja itu ditembak di bahagian kiri tubuhnya kira-kira jam 3.00 petang waktu tempatan semalam selepas pelajar dibenarkan pulang dari Sekolah Menengah Bellingrath.
Kejadian berlaku di Gereja Mubaligh St James, yang terletak bersebelahan sekolah.
Mangsa diisytiharkan meninggal dunia di hospital.
Finley berkata, polis memburu dua suspek yang juga berkemungkinan pelajar sekolah itu.
Beliau, bagaimanapun tidak memberikan gambaran suspek. - AP