Ahad, 30 April 2017 | 12:08am
KAPAL pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson.
KAPAL pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson.

Tentera AS mula latihan dengan Korea Selatan

SEOUL: Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson, hari ini memulakan latihan dengan Tentera Laut Korea Selatan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan AS memberitahu AFP, pasukan penyerang AS melancarkan latihan dari jam 6 petang hari ini sebaik tiba di Laut Jepun, Korea Selatan.

Latihan bersama itu dijalankan beberapa jam selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik.

Latihan itu bertujuan mengesahkan keupayaan sekutu mengesan dan memintas peluru berpandu balistik musuh.

Bagaimanapun, jurucakap terbabit enggan menjelaskan berapa lama latihan bersama itu akan diadakan, namun agensi berita Yonhap menyebut, ia dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Beliau menambah, latihan bersama itu turut membabitkan latihan penggunaan peluru hidup dan antikapal selam. - AFP

Berita Harian X