Ahad, 23 April 2017 | 2:49pm

USS Carl Vinson buat latihan tentera dengan Jepun

KAPAL pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), Carl Vinson (USS Carl Vinson). - Foto Reuters
KAPAL pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), Carl Vinson (USS Carl Vinson). - Foto Reuters

TOKYO: Kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), Carl Vinson (USS Carl Vinson) yang dalam pelayaran ke Semenanjung Korea akan menjalani latihan tentera dengan kapal tentera laut Jepun di Laut Filipina, hari ini.

Tentera Laut AS dalam satu kenyataan berkata, dua kapal pemusnah Jepun akan menyertai USS Carl Vinson dan dua lagi kapal perang AS lain.

Ketegangan semakin memuncak di Semenanjung Korea dan pentadbiran Trump dilaporkan berkata, akan mengkaji semua aspek susulan kemungkinan Korea Utara mengadakan ujian bom nuklear atau peluru berpandu jarak jauh.

Dua kapal pemusnah tentera laut Jepun belayar keluar dari pelabuhan Sasebo di selatan Jepun, semalam untuk menyertai USS Carl Vinson. - AP

Berita Harian X