Isnin, 17 April 2017 | 5:12pm

Bekas Presiden Korea Selatan didakwa hari ini

PARK Geun-hye didakwa berhubung pembabitan dalam skandal rasuah berprofil tinggi. - Foto AFP
PARK Geun-hye didakwa berhubung pembabitan dalam skandal rasuah berprofil tinggi. - Foto AFP

SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye, didakwa hari ini berhubung pembabitan dalam skandal rasuah berprofil tinggi.

Barisan pendakwa Korea Selatan berkata, kes itu sudah dirujuk ke mahkamah jenayah untuk tindakan lanjut dan Geun-hye berkemungkinan besar dipenjarakan.

Geun-hye ditahan bulan lalu di Seoul, atas tuduhan bersubahat dengan seorang rakan untuk memeras wang dari beberapa syarikat serta beberapa salah laku lain.

Perbicaraan Geun-hye dijangka bermula minggu depan dan beliau kekal dalam penjara sepanjang tempoh perbicaraan yang mungkin berlanjutan hingga enam bulan.

Geun-hye menafikan sebarang salah laku. - AP

Berita Harian X